Monday 17 December 2012

BICARA TENTANG NOVEL

Kalau berbicara tentang novel, rasanya saya tak nak ketinggalan untuk mengupas novel-novel yang telah saya baca. Seusia remaja lagi saya suka membaca dan mengumpul novel dari penulis-penulis tanah air yang saya kagumi. Tak kiralah siapa pun penulisnya, janji novelnya dapat memikat hati saya. 
Tapi semenjak dua menjak ni saya cukup sinonim membaca novel-novel dari penulis yang sedang mencipta nama dipersada seni sastera tanah air iaitu INDAH HAIRANI. Saya suka membaca novel-novel beliau dan tertarik dengan gaya bahasa yang digarapkan.
Membaca novel-novel beliau seringkali membuatkan jiwa saya sakit. Saya terjerat dengan permainan emosi yang kadangkala amat mengguriskan hati.
- RINDU BERBISIK
- HANYA SEBATAS INI
- DIHUJUNG RANTING
- CASTLE CINTA DEADAY
- BERIKAN AKU RINDU
- DIHUJUNG RANTING 2
Enam buah novel beliau telah saya baca dan jujurnya, ketika penghayatan saya tidak pernah melangkau walau satu baris ayat pun. Konflik jiwa yang tidak terurai antara watak-watak utama terutamanya novel BERIKAN AKU RINDU membuatkan hati saya terus dilanda benci, simpati, rindu dan menyakitkan. Begitu jugak dengan novel RINDU BERBISIK, HANYA SEBATAS INI, CASTLE CINTA DEADAY, DIHUJUNG RANTING 1 & 2. Sukar untuk saya luahkan namun yang pastinya ada secalit rindu, sejalur resah, sekelumit cinta dan bisik-bisik simpati dalam jiwa.
Adunan perasaan ini bercantum menjadi satu yang mana akhirnya saya tewas apabila titis demi titis airmata saya gugur membasahi pipi. Tak hairanlah jika novel RINDU BERBISIK terbitan DBP meraih anugerah buku terbaik kategori remaja tahun 2008.
Tahniah Indah Hairani...saya suka novel-novel anda. Anda menulis dari jiwa yang jujur. Pengolahan bahasa yang ringkas tapi mendalam. Teruskan menulis...garapkan ilham didada kanvas..semoga novel-novel anda akan terus dicintai....



No comments:

Post a Comment