Diwaktu-waktu begini
Sepi adalah kepedihan
Memercup segala ingatan
Menghantar segala kepiluan
Diwaktu-waktu begini
Sepi adalah kedukaan
Yang mengelirukan perasaan
Diwaktu-waktu begini
Akukah itu?...
Yang berlagu sepi bernada sayu
Pada ombak, angin dan bulan
Ku hempaskan duka
Diwaktu-waktu begini
Ketika bulan dan bintang
Menampakkan diri
Aku berdiri dipinggir lamunan
Merenung dasar rindu
Yang semakin jauh
Maafkan aku
Kerana tewas digelanggang rindu itu...
No comments:
Post a Comment