Thursday 22 November 2012

TERINGAT PADAMU

Teringat padamu
Adalah kerana rindu
Yang semakin pilu
Dan sayu
Meramas kalbu
Dari gumpalan kenangan syahdu

Teringat padamu
Adalah kerana cinta
Yang begitu menebal
Bagai tak terbelah
Sebuah lautan
Yang dalam
Teringat padamu
Adalah kerana sayang
Yang semakin rimbun
Dalam Kalbu
Dari sebuah pertemuan
Yang mesra merangkaikan janji

Teringat padamu
Kerana disitulah pusat kasih
Rumpunan rindu
Sebuah taman
Yang harum dengan bunga-bunga

No comments:

Post a Comment