Friday 18 January 2013

CATATAN 2

Kalau mahu berbicara tentang rindu tentu ianya tidak pernah habis. Sesungguhnya rindu sentiasa ada dalam rongga hati. Aku rindu sekali. Rindu pada suara mesramu, rindu pada senyummu dan rindu pada senda guraumu.

Aku senang dengan peribadimu. Aku selesa dengan sikap rendah dirimu dan...apa lagi yang harus aku luahkan selain terima kasih ku pada ALLAH SWT kerana mempertemukan kita.

Keakrapan kita menjadikan aku kadangkala diburu resah tanpa sapa mesramu. Entahlah! aku tidak pasti tapi yang nyata aku amat menyayangimu. Padaku, kau terlalu baik dan kerana kebaikanmu itulah terlalu sukar untuk aku lupakan.

Kini, aku jauh darimu. Apa lagi yang dapat aku rasakan selain rindu. Apa lagi yang sering mendatangiku selain kerinduan. Ya, rindu amat indah namun menyakitkan.  Dikejauhan ini ku titipkan doa semoga kau berbahagia, Berbahagialah dengan kehidupanmu.....

Kita berjumpa kerana TAKDIR....semuanya kerana ALLAH TAALA

Telah datang suatu runtunan rindu
Menyusup hingga aku terkaku
Bolehkah ku seru namamu disetiap
Ujungan kerinduan itu saja
Atau sering-sering
Bicara tentang rindu
Bersamamu lewat pertemuan kita

No comments:

Post a Comment