Monday 1 October 2012

Keresahan


Berkali ku cuba melangkah
Untuk satu keberangkatan
Meninggalkan pelabuhan kenangan
Namun setiapkali aku berpaling
Sewaktu melewati liku-liku kehidupan
Wajahmu tiba-tiba menjelma
Menggamit titik kebersamaan kita
Mesra...

Berkali ku cuba lontarkan rindu
Dan mengganggap segalanya
Adalah suatu kebetulan
Namun keresahan membadai diri
Menyelit sehelai persoalan
Bahawa disini ada hati yang terluka

Jika ini suratan penentu
Akan ku undur dari haluan kasih
Bermudik kembali kehilir sepi
Mengulangi arah mula
Menghidu jejak-jejak kosong

Maaf sayang
Kerana mengizinkan aku bermukim
Dan meneroka ruang-ruang hatimu
Walau pun cuma di dalam mimpi....


27 Februari 2012
4.40 ptg

No comments:

Post a Comment