Tuesday 22 January 2013

PUISI TENGAH MALAM

Kita telah lemparkan usia ini
Jauh dari jejak terakhir
Bagai seorang pengembara
Melemparkan sekelian dukanya
Yang terkumpul
Dari himpunan kenangan dan pengalaman
Kita telah lontarkan sepi ini
Jauh dari malam yang beku
Bagai seorang musafir
Melontarkan sekelian resah
Dari setiap perjalanan yang mendebarkan
Kitakah itu
Yang terbaring diatas pengalaman
Kerana jutaan rindu
Kitakah itu yang sebenarnya
Membilang butiran waktu
Kerana satu siksaan dan kepiluan




Monday 21 January 2013

MUHASABAH DIRI


Kadangkala lebih baik membiarkan airmata kesedihan yang tumpah andainya itu yang mampu membawa kita sentiasa mengingati kebesaranNYA. Daripada kegembiraan yang melarikan kita jauh dariNYA.

Mungkin kesedihan itulah yang menjadikan kita beringat. Mungkin airmata itulah juga yang membuahkan keinsafan dari kealpaan duniawi supaya mendekatkan kita dengan ALLAH.

Mungkin kesedihan itulah jua yang menjadi parut dan mengingatkan kita bahawa ALLAH sentiasa bersama kita dikala susah dan senang


Friday 18 January 2013

CATATAN 2

Kalau mahu berbicara tentang rindu tentu ianya tidak pernah habis. Sesungguhnya rindu sentiasa ada dalam rongga hati. Aku rindu sekali. Rindu pada suara mesramu, rindu pada senyummu dan rindu pada senda guraumu.

Aku senang dengan peribadimu. Aku selesa dengan sikap rendah dirimu dan...apa lagi yang harus aku luahkan selain terima kasih ku pada ALLAH SWT kerana mempertemukan kita.

Keakrapan kita menjadikan aku kadangkala diburu resah tanpa sapa mesramu. Entahlah! aku tidak pasti tapi yang nyata aku amat menyayangimu. Padaku, kau terlalu baik dan kerana kebaikanmu itulah terlalu sukar untuk aku lupakan.

Kini, aku jauh darimu. Apa lagi yang dapat aku rasakan selain rindu. Apa lagi yang sering mendatangiku selain kerinduan. Ya, rindu amat indah namun menyakitkan.  Dikejauhan ini ku titipkan doa semoga kau berbahagia, Berbahagialah dengan kehidupanmu.....

Kita berjumpa kerana TAKDIR....semuanya kerana ALLAH TAALA

Telah datang suatu runtunan rindu
Menyusup hingga aku terkaku
Bolehkah ku seru namamu disetiap
Ujungan kerinduan itu saja
Atau sering-sering
Bicara tentang rindu
Bersamamu lewat pertemuan kita

Sunday 13 January 2013

KIRANYA BEGINI...



Untukmu kekasih
Cinta yang kita ciptakan
Dahulu
Meski pun pada zahirnya
Sudah pun berdarah
Datanglah
Akan ku keluarkan
Segala janji dan sumpah
Yang masih
Segar dan subur
Buat selama-lamanya





Thursday 10 January 2013

RINDU

Ada daun-daun
Gugur
Ditengah beranda

Ada kata-kata
Bertabur
Diluar jendela

Barangkali benarlah
Perpisahan
Hanya menemukan
Diruang lain

Usah
Usah berpaling kebelakanganmu
Tanpa taman atau gunung sejarah
Yang permai
Selain
Sejalur rimba ingatan
Dan pengalaman
Yang gembira tapi memilukan





Thursday 3 January 2013

DETIK RESAH

Semalam kau datang meriah cinta
Dengan sejuta mimpi
Yang melesukan

Hari ini kau datang
Meriah kemesraan cuma
Dengan sejuta janji
Yang meragukan

Esuk
Akan datangkah kau lagi
Bersama seribu cerita wangi
Dengan sejuta janji
Atau akan
Membiarkan aku terlantar 
Diranjang sepi

Wednesday 2 January 2013






Ya ALLAH, sekiranya aku pernah terlalai
dalam duniaMU, kembalikan aku kesisiMU
Agar tidak terlewat untuk aku mengejar
akhiratMU...
Amin...Amin ya Rabbal alamin



 

Tuesday 1 January 2013

RINDU AYAH DAN IBU

Ayah dan Ibu
Salam adalah gelombang kerinduan
Salam adalah segugus ingatan
Salam adalah bunga-bunga kecintaan
Salam adalah sebuah kepedihan

Ayah dan Ibu
Bagaimana harus aku mulakan
Sisa-sisa hidup ini
Tanpa sapamu
Tanpa senyumanmu
Tanpa mesramu
Tanpa semangatmu
Aku bagaikan hilang arah hidup

Ayah dan Ibu
Mimpi-mimpi malamku kehilangan indahnya
Memori semalam adalau igauan ngeri
Yang sering memburu ketenangan jiwa
Airmata adalah keringat kesedihan
Semenjak kehilangan kalian
Teramat amat sukar mencari
Penawar pengubat luka

Ayah dan Ibu
Dikejauhan ini ku titipkan rindu
Dihening subuh ini ku aminkan doa
Rasa rindu yang kian mendalam
buatmu Ayah din Ibu
Al-Fatihah....Amin...