Sunday 14 April 2013

RINDU BERTAMU DI MEKAH

Setiapkali menatap gambar-gambar Masjidil Haram perasaan sayu dan sebak tiba-tiba mencengkam rongga hati. RINDU......rindu bertamu dihati bila setiapkali kitaran kenangan berputar diruang mata semasa menjadi tetamu ALLAH dua tahun yang lalu..







Tak terlahir dengan kata-kata.....hanya termampu bisikan syahdu memenuhi hati, " Ya, ALLAH, cantiknya Kaabah tiada tolok bandingnya. Subhanallah...."..Tiba-tiba terasa airmata luruh membasahi pipi. Seluruh tubuh terasa mengigil bila mengingati segala dosa-dosa masa silam dan kelalaian yang pernah saya lakukan.  Ya, ALLAH, ampunkanlah segala dosa-dosaku...



Segalanya masih tercatat kemas dalam lipatan hati apatah lagi bila mengingatkan tawaf wida' yang sangat menyentuh perasaan bila memandang kaabah buat kali terakhir. Sekali lagi airmata saya gugur kerana terlalu sedih untuk meninggalkan rumah ALLAH.
Ya, ALLAH, berikanlah ku kesempatan untuk menjejaki kaki kesana lagi...Amin...Amin ya Rabbalalamin...

2 comments:

  1. Assalamualaikum.. Sejak 2,3ari nie saya berasa sayu sgt2 mengenangkan keinginan saya yg mmbuak2 utk ke mekah. Meleleh je air mata ini bila terasa nak sgt2 sampai ke sana. Saya doa byk2 supaya Allah makbulkan doa saya supaya dapat menjejaki sana suatu hari nanti..Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaimusallam. Tuhan Maha Mendengar apa yang Zalina inginkan. Saya doakan semoga niat suci Zalina dimakbulkan Tuhan...InsyaALLAH..Terima kasih kerana sudi keanjung saya untuk sama-sama berkongsi rasa...

      Delete