Friday 26 October 2012

KALAULAH...

Kalau malam itu bisa bersuara
Tentu telah lama ia berlagu
Pilu
Kerana malam itu rupanya
Tetap kelam
Dan tidak akan berseri-seri
Seperti dulu
Kalau malam itu bisa mengerti
Hati yang retak seribu
Pasti telah banyak
Airmatanya tumpah
Kerana malam itu
Akan lebih sempati dari manusia
Yang cepat berubah

Monday 1 October 2012

Angin


Angin rindu yang berhembus
Bergumpal dalam kelongsong cinta
Lalu berhembus
dan mengalir ditubir hati.....


Tambah kapsyen

Keresahan


Berkali ku cuba melangkah
Untuk satu keberangkatan
Meninggalkan pelabuhan kenangan
Namun setiapkali aku berpaling
Sewaktu melewati liku-liku kehidupan
Wajahmu tiba-tiba menjelma
Menggamit titik kebersamaan kita
Mesra...

Berkali ku cuba lontarkan rindu
Dan mengganggap segalanya
Adalah suatu kebetulan
Namun keresahan membadai diri
Menyelit sehelai persoalan
Bahawa disini ada hati yang terluka

Jika ini suratan penentu
Akan ku undur dari haluan kasih
Bermudik kembali kehilir sepi
Mengulangi arah mula
Menghidu jejak-jejak kosong

Maaf sayang
Kerana mengizinkan aku bermukim
Dan meneroka ruang-ruang hatimu
Walau pun cuma di dalam mimpi....


27 Februari 2012
4.40 ptg

Maaf


Maaf kiranya membuatkan hatimu resah
Maaf kiranya membuatkan hatimu hiba
Maaf kiranya membuatkan hatimu berbelah bagi
Dan maaf kiranya kehadiranku
mengesahkan dada..
Sesungguhnya aku tidak pernah terfikir
untuk dipertemukan
tapi suratan takdir telah mempertemukan
walau pun pertemuan itu belum tentu
menjanjikan sebuah kebahagiaan....



Takdir


Kita berjumpa kerana TAKDIR
Kita berkawan kerana kasih sayang
Kita merindu kerana hati
Tapi yang penting semuanya kerana ALLAH TAALA
Tiada yang paling indah dalam kehidupan ini untuk dikenang
melainkan dapat mengenalimu
Terima kasih.....